Ahad, 27 September 2015

Bahan Untuk Bertayammum

Debu tanah yang bersih iaitu:
Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti
mengandungi kandungan debu. Tidak dikategorikan sebagai abu. Suci dan tidak bernajis.
Tidak musta’mal. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding kerana tidak mengandungi debu tanah.

Perkara yang membatalkan Tayammum

1. Segala perkara yang membatalkan wuduk
2. Ada air atau memperoleh air sebelum memulakan solat.
3. Orang yang uzur mampu menggunakan air.
4. Murtad

Perkara yang membatalkan Tayamum Segala perkara yang membatalkan wuduk. Ada air atau memperoleh air sebelum memulakan solat. Orang yang uzur mampu menggunakan air. Murtad.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Rukun & Tata Cara Bertayammum

Syarat Tayammum

Syarat Tayammum

        1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.

        2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.

        3. Hilang najis terlebih dahulu.

        4. Masuk waktu sembahyang.

        5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.

        6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

    Anggota Tayammum

        1. Muka.
    Image result for anggota tayammum
        2. Dua belah tangan hingga siku.

      Image result for anggota tayammum

      Tayammum disyari’atkan dalam islam berdasarkan dalil al-Qur’an, sunnah dan Ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin. Adapun dalil dari Al Qur’an adalah firman Allah :

      وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
      Ertinya :
      Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau berhubungan badan dengan perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan permukaan bumi yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. (QS. Al Maa-idah : 6).
      Sabda Rasulullah SAW :

      وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَا لَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ الْمَاءَ
      Artinya :
      Dijadikan bagi kami (ummat Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi was sallam ) permukaan bumi sebagai thohur/sesuatu yang digunakan untuk besuci (tayammum) jika kami tidak menjumpai air. (HR. Muslim no. 522)

      Niat Tayammum

       نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ الصَّلاَةِ فَرْضً ِللهِ تَعَالَى

      NAWAITUT TAYAMMUMA LISTIBAAHATIS SHALAATI FADHAL LILLAAHI TA'AALAA

      Ertinya :Sengaja aku bertayammum untuk melakukan shalat fardhu karena Allah Ta'ala 

      Erti Tayammum

      Tayammum 
      adalah bersuci dari hadats dengan mengusap wajah dan tangan menggunakan debu, tanah dan/atau permukaan bumi lainnya yang bersih dan suci. 
      Ada beberapa hal yang menyebabkan seseorang bertayammum atau bersuci dengan tanah/debu. Misalnya, orang sakit yang tidak boleh terkena air, maka ketika ia akan mengerjakan sholat lima waktu, cara berwuduk atau bersucinya yaitu dengan bertayammum. Selain itu, apabila di suatu tempat tidak ada air, kekeringan karena kemarau panjang, maka masyarakat di daerah tersebut bisa bersuci atau berwudhu dengan cara bertayammum